Wednesday, October 14, 2009

Fungsi Creatine dan jenis-jenisnya

Creatine

Creatine adalah asid organik yang secara natural terdapat dalam badan kita. Badan menghasilkan creatine secara semulajadi. Ia dihasilkan di hati, pankreas, dan buah pinggang dan ia dibekalkan ke otot melalui salur darah. Bila ia sampai kepada otot, lalu ditukarkan kepada phosphocreatine (creatine phosphate) yang akan digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam otot iaitu ATP (adenosine triphosphate).

Ia membekalkan tenaga kepada sel otot untuk menghasilkan daya seperti mengangkat beban. Beberapa ujian saintifik menunjukkan bahawa creatine boleh menambahkan kekuatan, tenaga, pegumpulan otot dan mengurangkan masa penyembuhan. Ada juga kajian yang mengatakan creatine memperbaiki fungsi otak dan kurangkan kelesuan mental. Tidak seperi steroid, creatine boleh ditemui secara semulajadi dalam makanan seperti tuna, salmon, daging lembu dan sebagainya.

Ia meningkatkan isipadu sel dengan mengisi air didalam sel otot menjadikannya lebih besar. Ia dijual dalam pelbagai bentuk namun tujuannya adalah sama. Cakap-cakap yang mengatakan pengambilan creatine boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang adalah tidak tepat kerana ia telah dibuktikan melalui kajian-kajian oleh beberapa university dan organisasi bebas.

Creatine mampu meningkatkan tenaga yang disimpan dalam otot yang dihasilkan dari tindakan protein synthesizing disamping mengurangkan protein breakdown. Ini berlaku kerana creatine mempunyai kesan yang sangat hebat terhadap super-hydrating sel otot dengan air. Ia menjadikan otot lebih besar dan kuat. Pengambilan creatine terbahagi kepada dua bahagian iaitu dimana yang pertama ialah loading. Loading berlaku kepada orang yang pertama kali mengambil creatine dimana creatine yang diambil akan loading atau saturating otot anda. Dalam 4hari hingga seminggu, ambil 20-30 gram setiap hari. Campurkan dengan air biasa atau air yang tidak berasid (masam). Selepas itu ambil creatine dalam jumlah biasa iaitu 5-15 gram (jangan terlebih). Cara yang paling efisyen pengambilannya ialah bersama dengan makanan yang tinggi karbohidrat dan diambil setengah jam sebelum latihan.Antara produk creatine dipasaran ialah :

pure creatine powder-Mengandungi creatine monohydrate yang memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga. Ia menbekalkan fuel untuk proses contraction lalu ditukarkan kepada phosphocreatine yang penting untuk burst short energy seperti sprinting dan mengangkat beban. Depletion of phosphocreatine akan menyebabkan kelesuan otot. Tetapi ia mempunyai keburukan dimana ia tidak stabil apabila dibancuh dengan air. Ia akan ditukar kepada produk terbitannya (creatinine) yang mana sukar untuk diserap ke dalam saluran darah. Jika dibancuh dengan air, perlu diminum serta-merta.

Creatine dan glutamine-Ia adalah gabungan yang bagus dimana creatine meningkatkan tenaga dalam otot dan menguatkan otot manakala glutamine berfungsi sebagai penyembuh boosting. Ia adalah gabungan yang powerful synergisyic.

Creatine dan nitric oxide-Nitric oxide membantu creatine berfungsi dengan lebih baik dimana nitric oxide mengekalkan muscle pumps dan memaksa creatine phosphate kedalam otot untuk kesan yang lebih baik.

Creatine dalam kapsul-Lebih mudah dan tiada baki yang tertinggal dalam gelas seperti yang dibancuh.

Creatine ethyl ester (cee)-Sejenis creatine dalam bentuk yang lebih canggih. Ia dihasilkan oleh teknologi untuk memperbaiki kuasa penyerapan, kurang bloat dan kurang water retention.

Creatine plus potentiators-Ia dihasilkan dengan teknologi untuk membentuk creatine kerana potentiators akan create insulin spike yang akan memudahkan creatine diserap kedalam sel otot.

Effervescent creatine-Memberi anda bubbly fizz drink yang terus masuk ke otot dengan 3 kali ganda keberkesanannya.

Kre-alkalyn creatine-teknologi terbaru. Ia juga adalah creatine monohydrate tetapi lebih stabil dan tidak ditukar kepada creatinine.

Liquid creatine-Creatine monohydrate yang stabil dalam bentuk cecair. Ia tidak akan ditukarkan kepada produk terbitan yang tidak berguna seperti creatinine. Ia diserap dengan lebih pantas, selamat dari creatine dalam bentuk serbuk.

Creatine meningkatkan kekuatan otot. Membantu otot kekal dalam keadaan terhidrat apabila badan kehilangan lemak. Ia juga membantu badan menghasilkan tenaga juga meningkatkan hormone tumbesaran (growth hormone) bersamaan dengan latihan intensif yang dilakukan. Hormone tumbesaran yang terhasil secara semulajadi ini memainkan peranan dalam pengaturan jumlah lemak dalam badan, imuniti, pengumpulan otot, penyembuhan kecederaan dan pelbagai lagi. Dos yang perlu diambil mengikut satu laman web ialah 5-10 g setiap hari tetapi ini tidak semestinya satu peraturan. Ada pelbagai jenama di pasaran tetapi yang suami saya ambil sekarang ialah keluaran Axis Labs.

Ini adalah kes yang mungkin tidak berlaku kepada semua orang tetapi berlaku kepada azizan dimana apabila beliau mengambil creatine dan makan makanan yang berminyak, badannya ditumbuhi jerawat-jerawat halus dibahagian belakang badan. Mungkin akibat alergik. Ia tidak berbahaya tetapi elok jika dapat dielakkan. Jadi, kurangkan makanan berminyak.

4 comments:

  1. emm..mmglah sayapn masa mula-mula ambil caratine dulupn makan je benda berminyak tumbuh macam jerawat pada kiri kana lengan dan badan saya.

    ReplyDelete
  2. ada stok lagi ke?

    ReplyDelete
  3. I love Creatine. Nothing else has been able to give me so many gains in muscle mass. Thanks, Kim

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...