Tuesday, October 27, 2009

Tips untuk kurus

1. Mulai sekarang, lupakan KFC, Mc Donald dan semua jenis restoran makanan segera yang anda gemari sekiranya anda benar-benar serius ingin menurunkan berat badan.

2. Sebaliknya makan masakan rumah yang lebih sihat, kurang lemak dan kurang bahan perisa.

3. Jenis-jenis protein dipasaran:

a. Whey concentrate-protein yang agak murah tapi sesetengah orang agak sukar menghadamnya.

b. Whey isolate-boleh diserap dengan cepat. Ia juga mengandungi sedikit karbohidrat didalamnya.

c. Hydrolyzed whey-banyak mengandungi peptide yang memberi kesan anabolic. Mahal.

Kasein protein-lambat dihadamkan mengambil masa 5-7 jam untuk dihadam. Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang panjang. Kandungan glutaminenya juga tinggi.

d. Milk protein isolate-mengandungi kedua-dua kasein dan whey protein.

e. Soy protein isolate-protein dari sumber tumbuh-tumbuhan. Sesuai untuk vegetarian. Ia meningkatkan penghasilan hormone tiroid yang mana boleh meningkatkan kadar metabolism dan membantu mengurangkan berat badan. Kandungan isoflavones membantu menurunkan kadar kolestrol dan trigliserides. Ia juga mengandungi glutamine, arginine dan BCAA.

f. Putih telur-putih telur yang dimasak adalah sumber terbaik albumin. Ia adalah protein tradisional yang mengandungi banyak asid amino. Ia adalah sumber protein yang bagus dan sangat murah. Alternative bagi mereka yang mahu berjimat.

4. Protein dari sumber makanan:

a. Dada ayam. Ia kurang lemak, tinggi protein, BCAA yang tinggi. Boleh cuba makan dada ayam sekiranya tidak mahu beli supplement protein.

b. Tuna. Tanpa lemak. Tinggi BCAA.

c. Salmon. Tinggi BCAA dan mengandungi asid lemak omega 3.

d. Kekacang. Badam, walnut, cashew adalah contoh kekacang yang bagus

5. Kurangkan karbohidrat. Makan sayur dan buah-buahan.

6. Minum air banyak-banyak. Keperluan air setiap hari adalah bergantung kepada berat badan anda. Contohnya berat anda 60 kg. tukar kepada pound bersamaan,

60 kilos = 132.277 357 31 pounds

132.277 357 31 pounds x 0.55=72.75 ounce setiap hari

1 ounce (US Fluid) = 0.0295735297 liter

72.75 ounce x 0.0295735297 liter = 2.15 liter air.

7. Latihan mengangkat beban. Tingkatkan metabolisma, tingkatkan kekuatan dan lain-lain. Lelaki mempunyai hormone testosterone yang secara semulajadi membantu membina otot lebih cepat berbanding wanita.

8. Latihan kardio. Anda tidak boleh melupakan latihan kardio samada ia dilakukan secara aktiviti luar ataupun di dalam gym. Anda perlu mencapai target kadar denyutan nadi 60-70 % daripada kadar maksimum. Cara mengiranya ialah,

(220 – umur anda- kadar rehat jantung anda(nadi)) x 0.60 + kadar rehat nadi anda = kadar denyutan nadi pada 60% darapada 100% (maksimum)

(220 - umur anda- kadar rehat jantung anda(nadi)) x 0.70 + kadar rehat nadi anda = kadar denyutan nadi pada 70% darapada 100% (maksimum)

Contoh: umur anda 25 dan kadar rehat nadi nada 63.

(220 - 32 - 63) x 0.60 + 63 = 138 pada 60%
(220 - 32 - 63) x 0.70 + 63 = 151 pada 70%

Anda perlu mencapai kadar nadi antara 138 dan 151 semasa latihan kardio untuk mendapatkan hasil yang baik.



p/s: banyak lagi tips yang akan anda perolehi dalam www.jombinabadan.com

2 comments:

  1. terima kasih singgah kat denaihati...singgahlah lagi insyallah

    ReplyDelete
  2. bro or sis....saya dgr leh turunkan berat dengan mengambil protien n fat burner
    nak tanya.....protien n fat burner
    apa yg sesuai utk turunkan berat badan ya.....
    weight:138kg
    height:172cm

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...