Wednesday, February 25, 2009

Bagaimana Membina Otot.

Anda mahukan badan yang cantik?

Pernahkan anda terfikir bahawa anda boleh ubah badan anda yang 'kurus kering' tue kepada badan yang berotot?

Ramai sebenarnya yang berminat (terutama lelaki) untuk memiliki badan yang menawan. Dengan ini mereka merasakan bahawa dengan badan yang cantik, keyakinan diri mereka akan turut bertambah.

Tapi tahukah anda bagaimana cara untuk membina badan dengan cara yang selamat bahkan tidak memberi sebarang kesan buruk pada diri anda untuk jangkamasa panjang (steroid boleh membahayakan diri anda dan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang)?.

Jadi adalah penting bagi diri anda untuk mempelajari bagaimana latihan dan pemakanan yang betul supaya anda tidak melakukan kesalahan yg boleh meragut nyawa..

Pertama sekali, pastikan anda mengikuti diet yang betul (bukan ke otot tu terbina dari ape yang kita makan?).


Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 kite rase kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar2 jugak....mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan.

Untuk org dewasa, makan 2500 kalori setiap hari sudah memadai, tetapi bagi yang mahu membina badan, anda kene makan 4000 kalori setiap hari.

Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan protein kerana protein lah yang membina blok2 otot pada badan anda.kalau boleh makan protein setiap 2-3 jam menyediakan protein yg secukupnya untuk badan.

Kurangkan makananan yang byk gula, lemak dan asid lemak trans.

Bagi yang baru berjinak2 dgn sukan ini, anda tidak boleh sewenang-wenang nye untuk mengankat beban yang berat kerana anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk itu.


Mulakan dengan aktiviti rutin yang memberi faedah pada diri anda (contohnya jogging, skipping). jangan pulak anda selama ni xpernah bersenam, tetiba nak angkat berat. pastikan anda berjogging dulu bagi mendapatkan stamina.

Selain dr jogging, anda boleh berenang, berbasikal malah kerja berkebun juga boleh!


Bila anda meletakkan impian anda untuk mendapatkan otot yang cantik, andalah yang bertanggungjawab untuk memastikan ianya tercapai 9ia memerlukan disiplin yang tinggi). sememamangnya anda perlu untuk mengambil makanan tambahan, tetapi selamatkah ia pada badan anda?

Jadi pastikan anda mempelajari tentang sesuatu produk dahulu, mendapatkan pandangan doktor atau pandanagn yang lebih pakar adakah ia boleh atau tidak.

Ini adalah kerana sesetengah produk memang bagus untuk kita tetapi bukan untuk orang lain.begitu juga sebaliknya.


Mungkin anda makan satu scoop sudah memadai, tetapi bg org lain 2 scoop baru mencukupi.(badan manusia ni kan unik).

Yakinlah bahawa anda boleh memiliki badan yang cantik tanpa mengira bagaimana rupa anda sekarang.

Hasil akan datang dengan sesi latihan, bukan datang tergolek!anda memerlukan jadual latihan yang sesuai untuk menjadikannya satu kenyataan!

11 comments:

  1. Salam.... saya baru berjinak2 dengan sukan ni, saya amat suka dan idam2kan bentuk bdn yang sasa serta berotot. Saya baru 5 bulan main gym n ade minum suppliment (muscle juice).. alhamdulillah ade perubahan, makin hari makin besar n otot mula nampak.
    1. Saya nak tanya, suppliment ape/senaman yang bagaimana yang sesuai untuk buangkan lemak kat bahagian perut?
    2. kalau saya makan utk cutting boleh ke?
    Saya berminat nak order suppliment.
    -Zul'Haimi 017-6018074.-

    ReplyDelete
  2. salam bro...nak tanya lah...kalau nak order saplement ni p sabah brapa harga pos yee? rasanya saya nak order muscle juice tu? terima kasi. budak sabah

    ReplyDelete
  3. kalau pos ke sabah....tgk pada kecepatan awak nak barang tu...nak pos laju..mahal sket lah...kalau pos biasa 5hari bekerja baru sampai...

    pos laju kena tambah maybe rm30..kalau pos biasa tambah rm10 je...

    ReplyDelete
  4. Saya dari brunei..nak tanya ckit..supplement apakah utk mndpatkn tubuh nampak lbih cutting dan berotot?

    ReplyDelete
  5. boleh try nitrotech atau lain2 whey....

    ReplyDelete
  6. Ow..tapi kalau cuma mahu nampak cutting..apa kah supplement yg lebih berkesan?

    ReplyDelete
  7. ank saya pempuan.dia kyuh basikal untuk state tp badan dia tak cukup besar..dia ni umur 14thn..berat dlam 38kg tinggi 4'8".mcmane nak besarkan badan n bg muscle kuat

    ReplyDelete
  8. salam bang... sy sorg plajar... sy agak berminat unt dptkan badan yg cntik... tgi sy -+170cm n brt -+60kg... ape yg ptt sy lakukan unt dptkan bdn yg sy nak...?
    lg 1,supplement ape yg sesuai yg ptt sy amek unt buat otot lbh menonjol...? :) trima kasih...

    ReplyDelete
  9. abg azizan???bole kasi no x???
    or abg msj kt no sy 013-5031337..da bnyk nk tnya ...pleazzz

    ReplyDelete
  10. salam azizan,tubuh sye kurus.berat badan sye dalam 59 kg jd untuk menambahkan gemuk dan berotot mcm mne?dan supplement ape yang sesuai untuk tubuh sya

    ReplyDelete
  11. salam abang azizan saya telah lama terlibat dengan gym namun selepas saya tidak bermain gym selama sebulan berat badan saya telah turun dengan mendadak. adakah ini memang sering berlaku kepada ahli gym yang lain?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...