Bodybuilding workout routine

Saturday, March 21, 2009

KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH ORANG BARU NAK BINA BADAN SIRI:1

1. Tak ambil berat pasal diet. Tajuk ini akan saya bincangkan secara mendalam dalam bab diet.

2. Kurang tidur. Wah!! Ni ramai orang suka…tidur. Ya, anda perlu cukup tidur. Tidur kan penting untuk sesiapa sahaja. Tidur adalah waktu rehat dimana minda serta pergerakan badan kita direhatkan. Inilah masa badan untuk membesar dan memulihkan kecederaan dan aktiviti hormon badan berjalan. Tidur yang seeloknya 8jam.

3. Mengharapkan supplement sahaja. Anda terlalu percaya pada iklan. Ya, saya syorkan anda beli supplement, tapi anda kenalah ikut semua saranan saya. Jangan harapkan supplement member hasil pada anda. Jika anda ambil supplement sahaja tanpa membuat gerak kerja, anda sebenarnya membahayakan diri sendiri. Ia boleh merosakkan buah pinggang anda. Jika anda menbuat latihan pun, anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan. Jangan terlalu ikutkan arahan pada botol kerana ia selalunya mengikut sukatan ‘mat saleh’. Lebih baik ikut berdasarkan berat badan anda. Antara simptom akibat terlebih supplement ialah cirit-birit!

4. Tidak ambil berat pengambilan supplement sebelum dan selepas latihan. Sesetengah pakar mengatakan supplement tidak penting kerana anda boleh mendapat nutrient yang sama jika anda makan mengikut diet yang betul. Tapi saya amat syorkan anda mendapatkannya kerana ia memudahkan anda. Lagipun, tujuan saya menulis buku ini adalah ingin berkongsi rahsia suami saya dengan anda. Jadi saya akan ceritakan apa sebenarnya yang suami saya buat malah apa juga yang dia minum/makan. Bukannya apa yang orang lain makan yang saya tidak tahu kesannya.

5. Tak cukup air. Tahukah anda bahawa badan kita yang diciptakan Tuhan amat bijak? Ia akan memberi tahu kita apa yang kita perlukan. Apabila kita lapar, sebenarnya badan kita tidak cukup tenaga dan ia memberi tahu kita dengan memberi isyarat ‘lapar’ supaya kita makan. Begitu juga bila tidak cukup air, ia memberi isyarat ‘dahaga’ supaya anda minum air. Jadi minumlah air secukupnya malah bawa air dalam botol mineral besar setiap kali ke gim. Ada yang cakap anda kena minum 1gelen air sehari. Tapi ia bergantung juga pada berat badan anda. Tapi air bagus untuk badan anda, ia menggantikan air yang keluar sebagai peluh, membantu nutrient yang diambil untuk dibawa ke seluruh badan dan sebagainya.

6. Terlalu banyak supplement. Ada lebih kurang 5 atau 6 jenis yang disyorkan selebihnya tidak perlu. Memang ada di pasaran makanan tambahan untuk pengganti makanan harian (meals replacement). Lebih baik anda mengambil menu harian anda seperi nasi dan sebegainya. Topic supplement akan saya bincangkan dalam bab lain.

7. Tak cukup protein. Ni lain pulak cerita…nak badan besar, tapi makan protein dengan jumlah yang sedikit. Macammana otot nak besar kalau dah otot tu terbina daripada protein!

13 comments:

  1. wah..kat kedai xde ke buku nie??

    ReplyDelete
  2. en mamat...hanya boleh dibeli melalui laman web sahaja..xde kat kedai buku...lgpun ini ialah e-book (buku digital)...bukan buku biasa yg boleh dipegang

    ReplyDelete
  3. bro,cam ne nga mkan telur mentah?

    ReplyDelete
  4. antara telur mentah ngan telur masak penuh....telur masak penuh lagi bagus...badan boleh menyerap protein dengan lebih baik jika telur itu dimasak

    ReplyDelete
  5. hmm..sy ade masalah perot menggeleber..dlu sy ni gemok air..then skg ni kurus oleh sbb 2 kulit pd perot sy yg gemok 2 tertinggal..so cmne solutionnye?adakah dgn buat workout je sme dgn org normal lain lakukan?harap anda sudi mmbantu sy..

    ReplyDelete
  6. kalau pasal perut menggeleber...sy xpasti la....
    tp bleh je buat workout...

    ReplyDelete
  7. nape x terangkn ape kegunaan supplement tersebut,ape yg trjadi.

    ReplyDelete
  8. owh...untuk tahu seterusnya...sila beli ebook ye...

    ReplyDelete
  9. ade org ckp klaw kite amek spplement,ksan nye pd bdan akan muncul bile usia da mningkat nnt,contoh nye otot kite jatuh dan geleber..btol kew??

    ReplyDelete
  10. knpa kita makan kuat tapi badan kita tak naik?

    ReplyDelete
  11. semua protein yg ade kat atas tu utk tmbah berat bdn or utk naikkan otot???

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...