Friday, June 19, 2009

AIR SEJUK ATAU AIR SUAM?


AIR SEJUK VS AIR SUAM?

seringkali kita dengar kita digalakkan minum air suam kerana ia bagus untuk badan....tapi semasa dan selepas workout...adakah air suam bagus untuk kita?

TIDAK!

selepas dan semasa workout, kita mesti minum air sejuk....(ais atau air dari peti sejuk laa..)..

KENAPA?

semasa kita melakukan aktiviti fizikal dengan bersungguh-sungguh, suhu badan kita meningkat melebihi suhu normal iaitu 37 darjah celcius. minum air sejuk dapat membantu badan mengembalikan suhu normal kepada badan kita. proses perpeluhan juga membantu merendahkan suhu badan. kajian menunjukkan air sejuk lebih mudah diserap dalam perut berbanding air suam. jadi minum air yang sejuk dapat memberikan kesan penyejukan yang cepat dan mengelak dr berlakunya dehydration. membolehkan kita melakukan aktiviti dengan lebih kuat.

air yang sejuk juga tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada mana-mana organ dalaman badan kita.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda...