Saturday, March 21, 2009

PENERANGAN TENTANG SUPPLEMENT




THERMOGENICS
Thermogenics ialah makanan tambahan diet yang digunakan untuk membantu badan membakar lemak. Ia meningkatkan kadar metabolism badan dalam tisu adipos lantas menghasilkan haba (thermogenesis). Selalunya thermogenics mengandungi ephedra, bitter orange, capsicum, ginger dan caffeine.

HYDROCUT
Hydrocut ialah makanan tambahan bernutrien yang dikatakan membantu penggunanya mengurangkan berat badan. Namun ia diragui. Sebenarnya tiada bukti klinikal yang membuktikan bahawa hydrocut boleh mengurangkan berat badan. Malah penggunaan ephedra sebagai bahan utama pennghasilannya juga dikatakan boleh mendatangkan kesan sampingan berbahaya kepada penggunanya. Banyak artikel yang boleh dicari mengenai keburukan ephedra.

WHEY PROTEIN
Whey protein ialah protein globular yang dipencilkan daripada whey (dadih) iaitu bahan sampingan yang terhasil dalam proses pembuatan keju yang diketahui bersumberkan susu lembu.
Ianya mengandungi beta-lactoglobulin (~65%), alpha-lactalbumin (~25%), and serum albumin (~8%), whey protein sangat mudah dihadam, mudah larut dan mempunyai nilai biologi (BV) yang tinggi. Namun ia mudah denature (musnah) oleh haba. Suhu melebihi 72 darjah cekkcius boleh memusnahkan khasiatnya seperti asid amino cystine. Jadi ia peril dibancuh dengan air yang bersuhu rendah atau sejuk.

GLUTAMINE
Glutamine ialah satu daripada 20 asid amino yang ada semulajadi dalam badan manusia. Ia telah dibuktikan melalui kajian bahawa ia efektif dalam membantu pertumbuhan otot anabolic dengan pengambilan jangka masa panjang.glutamine boleh dijumpai secara semulajadi dalam bahan makanan seperti daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, produk tenusu, gamdum, kubis, kacang, bayam dll.
Glutamine telah dibuktikan mempunyai pelbagai kebaikan pada manusia dan slah satunya ialah ia berguna dalam rawatan penyakit serius, kecederaan, trauma, terbakar, kanser dll.

ASID AMINO
Asid amino sangat-sangat diperlukan oleh badan, ia mempunyai pelbagai peranan dalam badan manusia. Antara fungsi pentingnya ialah membina blok-blok protein dimana ia terhasil daripada rantaian asid amino. Malah glutamine juga ialah sejenis asid amino.

4 comments:

  1. Gambar-gambar saudara mana takdeke untuk lihat perkembangan latihan saudara di gym?

    ReplyDelete
  2. ada...nanti akan diupload kemudian...hehe...camera rosak...baru je beli kamera baru

    ReplyDelete
  3. super emino............ ape fungsi die? cara pengambilan mcm ner?

    ReplyDelete
  4. cara pengambilan super amino?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...