berkenaan dengan halal atau haram sesuatu produk itu....
pada saya...terlalu sukar untuk saya jelaskan
sebagaimana yang anda tahu...
produk2 ini semua bukan dibuat di Malaysia....
so di sana mereka xperlu mintak sijil halal...
even kat malaysia pun....banyak je produk xde tanda halal...
xde tanda halal xsemestinya tak halal...
tp kita boleh bertanya kpd IFANCA (kalau kat malaysia mcm jakim la)
samada produk tu halal ke tak..
yg pastinya yg halal ialah muscle juice (tong putih),whey brand prostar,amino 2002,animal stak.
lipo 6 yang saya baca die guna 100% tumbuh2an kan....so halal la..
persoalan yang utamanya adalah whey la kan....
whey adalah hasil sampingan daripada proses membuat cheese daripada susu...
so memang whey ni asalnya daripada susu la....
yang membezakan ia halal atau tak ialah enzim yang digunakan untuk menghasilkan cheese tersebut...ia memerlukan rennet (chymosin)....rennet ini kebanyakannya diambil daripada perut anak lembu yg menyusu....
ada juga yg diambil daripada babi...ianya dipanggil
pepsin. kalau guna pepsin...ia memang haram dimakan...
ada juga enzim daripada babi yang dipanggil
lipase...yang ni haram jugak....tapi ada juga lipase yang dihasilkan oleh mikroorganisma.....kalau yang ni halal lah...
chymosin seperti dalam rennet juga banyak dihasilkan secara bioteknologi...kalau guna kaedah ni...halal la...
ada juga rennet yg dihasilkan daripada tumbuhan/fungi/bakteria..ia juga adalah sumber rennet yg paling murah....kalau die gunakan yg ni...memang halal...
memang kebanyakan rennet diperoleh daripada anak lembu....lembu yang telah mati la....samada disembelih atau tidak....so yang xhalalnya ialah sekiranya ia datang daripada lembu yang tidak disembelih....kalau lembu tersebut disembelih..so ia halal....
bila bercakap soal supplement ni halal atau tak...sukar nak dijawab....tapi nasihat saya....sekiranya anda ragu2/was-was....memang anda xboleh amik....
tapi sekiranya anda yakin...anda boleh ambil....